Seminar Muslim Medic 2009

Shah Alam: Seminar Muslim Medic (SMM), telah berjaya di anjurkan oleh Sektretariat Perhubungan Luar Negara (SEKTAR) Ikatan Muslimin Malaysia pada 5 Julai 2009 yang lalu, bertempat di Dewan Cendekia 7, INTEKMA Resort Shah Alam. Secara keseluruhannya penganjuran program ini sangat berkesan dan memberi manfaat yang besar kepada para peserta yang hadir.



Poster Seminar Muslim Medic 2009

Kesungguhan Koordinator ‘Middle East Program’ (MEP), Ustazah Fatahiyah yang bertungkus-lumus, berulang-alik membawa para pelajar di bawah kelolaannya ke seminar ini wajar diberikan pujian. Melalui inisiatif beliau sendiri untuk menghubungi dan meyakinkan para pelajarnya supaya menghadiri SMM telah berjaya meningkatkan jumlah kehadiran peserta.

Kehebatan Dr Nujaimin Udin, penceramah jemputan yang merupakan seorang Doktor Pakar Bedah Otak ataupun istilah perubatannya disebut sebagai ‘Clinical Specialist Neurosurgery’, bijak menguasai suasana dan berjaya mencuri tumpuan peserta yang hadir. Slot pertama beliau telah membawa hadirin seolah-olah berada di bumi Mesir sesuai dengan objektif program yang ingin memberikan pendedahan awal kepada pelajar perubatan yang akan ke Mesir.







Dr Nujaimin mencuri tumpuan peserta dengan penyampaian yang meyakinkan





Dr Nujaimin membawa hadirin merasai pengalaman berada di Mesir.


Penulis sendiri secara peribadi berasa teruja apabila dibawa Dr Nujaimin mengembara ke bumi para anbiya’ itu melalui pengalaman beliau sepanjang pengajian beliau di sana. Selain daripada itu, beliau juga sudi berkongsi perjalanan hidup beliau semenjak dibangku sekolah hingga berjaya menjejakkan kaki ke menara gading bersama para hadirin. Perkongsian secara bersahaja dan penuh motivasi daripada beliau itu pasti membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya bersemangat untuk mencapai kejayaan didalam kehidupan sebagai seorang pelajar khususnya dan kehidupan sebagai seorang individu muslim umumnya.

Ini dapat dilihat melalui kata-kata suntikan semangat dan juga contoh-contoh yang nyata diberikan beliau sepertimana kejayaan yang dikecapinya sebagai seorang pakar bedah otak yang jarang sekali di capai oleh Melayu Muslim di Malaysia. Slot pertama itu di akhiri dengan tayangan video yang memaparkan kerjaya beliau sebagai seorang doktor sebelum seminar berhenti rehat sebentar untuk memberi laluan untuk sarapan pagi.




Tayangan slaid berkenaan kerjaya doktor oleh Dr Nujaimin.



Slot kedua, penyampaian Dr Nujaimin lebih menjurus kepada laluan yang bakal dilalui oleh pelajar perubatan sebelum bergelar sebagai seorang doktor. Beliau juga berkongsi pengalaman yang ditempuhi beliau sepanjang bergelar seorang doktor.

Program terus di serikan dengan kehadiran Dr Fatimah Zahra, pelajar senior yang pulang bercuti di Malaysia. Beliau memberikan maklumat perkembangan terkini di Mesir untuk dijadikan panduan peserta yang hadir




Dr Fatimah Zahra meluangkan masa untuk berkongsi perkembangan terbaru di Mesir.



Di akhir slot kedua, sesi soal jawab telah memberikan peluang kepada para peserta untuk mengemukan soalan secara terus kepada Dr Nujaimin. Kesempatan ini tidak dilepaskan oleh para peserta dengan pertanyaan persoalan yang bertubi-tubi. Slot kedua penyampaian Dr Nujaimin itu disudahi dengan 2 buah filem pendek yang memberikan pengajaran supaya terus berusaha gigih bagi mengejar cita-cita dan kepentingan pendorong untuk memastikan ia tercapai.



Seminar Muslim Medic ini disempurnakan dengan penyampaian plag cenderamata kepada Dr Nujaimin Udin oleh wakil SEKTAR iaitu saudara Zul Alwi Mat Adam. Kehadiran akhir peserta hingga jam 12.45 p.m mencecah angka 38 orang dengan 21 orang peserta lelaki dan 17 orang peserta perempuan daripada INTEC, KMB dan peserta persendirian.



Peserta dan ahli jawatankuasa SMM bergambar kenang-kenangan. Berdiri 2 dari kiri barisan wanita adalah Ustazah Fatahiyyah, koordinator MEP.

Disediakan dan disunting oleh,

Kamarul Azizan Abd Rahman dan Mohammad Danial

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails