Jumaat,10 Julai - ISMA Shah Alam dan Klang (SAK) telah menyempurnakan MABIT bulanan di pejabat isma SAK. Lebih 20 orang menghadiri Mabit pada kali ini. Program tersebut dimulakan dengan solat Isyak berjemaah. Kemudian diikuti dengan pengisian rohani oleh Mu'allim Fairul dengan tajuk kepentingan Qiammulail .

Di dalam pengisian ini juga ada disertakan sekali tips-tips untuk kita mudah bangun qiammulail antaranya:-

a) Jauhkan diri daripada dosa. Buat solat sunat taubat bagi memohon keampunan daridapa Allah
b) Mengamalkan Qailullah (tidur sebentar sebelum masuknya waktu Dzuhur) di siang hari
c) Tidur dalam keadaan berwuduk.
d) Yakin dan sentiasa memotivasikan diri sendiri agar mampu untuk bangun Qiammulail

peserta bertadabbur dengan penuh fokus

Sejurus selesai pengisian, semua peserta duduk dalam kumpulan kecil untuk menghabiskan satu juzuk Al-Quran sebelum tidur pada malam hari. Semua peserta bangun pada jam 4.30 pagi dan melaksanakan qiam fardi sebelum memulakan qiam jama'ie pada jam 5.00 pagi. Majlis tamat selepas solat subuh dan juga bacaan mathurat.


pengisian kerohanian mengisi jiwa yang sepi

Disediakan oleh : Akh Hafiy Hazmi

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails