[artikel] Doa Qunut Ketika Sembahyang Subuh

Ahli fuqaha berselisih pendapat dalam menetukan rnasalah doa qunut ketika sembahyang Subuh. Ada di antara mereka menganggap doa qunut sebagai sunah Rasulullah, manakala yang lainnya tidak berpendapat sedernikian.

Rasulullah sendiri membaca doa qunut ketika sembahyang Subuh.

'Nabi membaca doa qunut ketika sembahyang subuh.'

Di dalam sebuah hadis lain, ada diceritakan bahawa baginda berqunut semata-mata kerana memohon doa disebabkan kaum musyrikin membuat kekacauan terhadap orang-orang Islam, dan baginda juga selalu mendoakan golongan yang lemah hati kalangan orang-orang Islam yang beriman kepada Allah.

Doa qunut seperti yang dibaca oleh Rasulullah tersebut mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Ahli fuqaha menamakannya qunut nazilah. Contohnya, apabila umat Islam ditimpa kesempitan, sunat bagi mereka berdoa (qunut) ketika bersembahyang, serta memohon kepada Allah supaya melenyapkan segala bentuk kejahatan dan bala yang ada. Begitulah yang dilakukan oleh Rasulullah.

Sesetengah ulama seperti ulama mazhab Syafii berpendapat bahawa membaca doa qunut pada setiap kali sembahyang Subuh adalah sunat yang tidak harus ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, tidak mengapa sekiranya seseorang muslim meninggalkan doa qunut sama ada sengaja atau pun tidak.

Mengikut satu riwayat, semasa Imam Syafii berziarah ke Baghdad, dia tidak pemah membaca doa qunut ketika semabahyang Subuh semata-mata kerana memuliakan pengikut-pengikut Imam Abu Hanifah.

Perbuatan Imam Syafii tersebut menunjukkan bahawa sekiranya ada perkara-perkara yang kurang disukai oleh masyarakat, perlulah kita bertolak ansur selagi mana ia tidak lari dari landasan Islam.



Ulasan / Huraian
Sumber Dr. Yusuf al-Qardawi,Fatwa Masa Kini (Terjemahan) Jilid 2
Lokasi Pustaka Salam Sdn Bhd 03-6186 9469
Tarikh Dikeluarkan 01/08/2006
Bahasa Hukum Bahasa Malaysia
Tarikh Masukan 01/08/2006 16:36:38

Sumber : Portal Sudut Hukum IKIM

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails