[artikel] Azan Tanpa Henti

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan
melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan
Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang
terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula
berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan
masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di
Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan
dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutn ya
laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka
masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan
waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini,
Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait
dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur
Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai
timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di
pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di
Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak
putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails