[isma] Ceramah Maulidur Rasul

Jeram, 20 Mac - ISMA Shah Alam Klang (SAK) dengan kerjasama Pusat Pengajian Islam Desa Taqwa Jeram telah menganjurkan satu program sempena Maulidur Rasul. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib bersama dan diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ust. Mohd Fathan Hussin. Kehadiran dianggarkan seramai 300 orang. Seusai ceramah dan solat Isya' para hadirin dihidangkan dengan nasi berlauk sebagai jamuan.

Secara keseluruhannya program ini mencapai objektifnya iaitu memasyarakatkan ISMA dan merapatkan silaturrahim sesama ahli. Program berakhir pada jam 9.30 malam.

Antara ikhwah yang hadir untuk mencerap ilmu

Jemaah akhawat juga mendapat sambutan

Dilaporkan oleh : Akh Aziz
Sumber : ismaweb.net

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails