Shah Alam, 19 Oktober - Majlis Sambutan Aidilfitri ISMA Shah Alam Klang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Taman Kelahiran Sekseyn 4 Shah Alam. Kira-kira 200 org tetamu telah menghadirinya yang terdiri daripada Ahli ISMA SAK, KRIM dan belia. Majlis bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada 12.45 tgh hari. Majlis dimulakan dengan sarapan bersama dan diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Rusydi Alias. Beliau mengingatkan semua tetamu agar istiqamah dengan amalan yanbg telah dilaksanakan sepanjang Ramadhan dan diteruskan pada Syawal dan bulan-bulan lainya.

Selepas itu satu sesi ta'aruf bagi tetamu lelaki dan Kuiz bagi Wanita diadakan. Manakala bagi kanak-kanak sukaneka dan acara pemberian duit raya turut memeriahkan lagi suasana sambutan Aidilfitri kali ini

Selepas mendengar pengisian rohani hidangan utama Majlis Aidilfitri kali ini iaitu BBQ kambing, ayam & sosej dihidangkan


Dilaporkan oleh : Akh Aziz
Sumber : ismaweb.net

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails