[isma] Lebih 200 Hadiri Iftar Jam'ie


Kg. Delek, Klang, 23 Sept - Alhamdulillah, Majlis Iftar Jama'ie ISMA Shah Alam Klang yang dirancang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Delek.
Seramai 215 orang telah hadir pada majlis tersebut. Sememangnya sambutan kali ini adalah diluar jangkaan di mana pihak penganjur hanya menjangkakan kehadiran seramai 160 orang sahaja. Walau bagaimanapun makan yang disediakan mencukupi malah berlebihan pula.

Majlis bermula pada jam 6.30 petang dengan kehadiran ahli ISMA SAK. Antara program yang telah disusun ialah solat berjamaah, tazkirah dan solat tarawih. Tazkirah yang disampaikan oleh 2 orang ustaz iaitu Ustaz Mohd Fathan Hussin dan Ustaz Mohd Rusydi Alias telah menyuntik semangat kepada semua hadirin supaya mengambil peluang yang dihidangkan oleh Allah sempena Ramadhan untuk mencapai objektif dan tawaran Ramadhan iaitu taqwa dan pelepasan dari azab api neraka.

Program berakhir pada jam 10.00 malam iaitu selepas solat tarawih yang diimamkan oleh Ustaz Rizal. Menurut pengarah program iaitu En. Razak Omar, beliau amat berpuas hati dengan kehadiran dan kelancaran program. Beliau seterusnya menyatakan penghargaan kepada semua ahli jawatan kuasa yang terlibat dan para hadirin.


Dilaporkan oleh : Akh Aziz

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails