Siapa Kami

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang dahulunya dikenali sebagai Ikatan Siswazah Muslim Malaysia merupakan satu badan NGO yang bergerak aktif berperanan di tengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial dari seluruh lapisan masyarakat. Pelbagai program dilaksanakan menjurus kepada penghayatan hidup beragama dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dengan misi untuk "mengesani" masyarakat melalui program-program yang dilaksanakan, ISMA komited akan mencapai matlamat penubuhannya apatah lagi ISMA mempunyai ahli-ahli yang konsisten di dalam melaksanakan program-program yang dijalankan.


Ditubuhkan pada tahun 1997, ISMA merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak bermotifkan keuntungan. ISMA berharap dapat memikul amanah sebagai organisasi yang dapat memberi kebaikan kepada seluruh masyarakat samada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan belia dan remaja serta wanita.



ISMA Shah Alam-Klang (SAK) memfokuskan kepada lapisan masyarakat yang menetap di sekitar Shah Alam dan Klang. Berpejabat di Shah Alam Seksyen 27, ISMA SAK berharap dapat membawa masyarakat Islam khususnya kembali menghayati Al-Quran dan As-Sunnah di dalam kehidupan seharian mereka.

Visi ISMA SAK adalah untuk membangun kekuatan tamadun Islam di Malaysia berasaskan keadilan bersama yang bermula dari Shah Alam dan Klang. Manakala misi ISMA SAK ialah ingin membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi.


Bagi merapatkan ISMA SAK dengan masyarakat setempat, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bersama-bersama semenjak penubuhan ISMA SAK. Antara aktivi yang telah dilaksanakan dan akan terus dibuat seperti perkhemahan, kesukanan, seminar untuk pelajar, pekerja dan keluarga, keusahawanan dan bantuan kemanusiaan.


Melihat kepada kemajuan era teknologi masa kini, ISMA SAK melihat dengan penubuhan laman sesawang ISMA SAK sendiri, masyarakat dapat mengenali kami dengan lebih dekat lagi, insya Allah.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails