HARI KETUJUH – MEKAH

Ini adalah hari penuh terakhir bagi Ustaz Abdul Halim bersama kami kerana beliau akan bertolak kembali ke tanah air bersama rombongan yang mengerjakan Umrah Ramadhan tapi berziarah Mesir terlebih dahulu. Pada hari ini, kami dibawa melawat perkuburan Ma’la, di mana isteri Rasulullah Khadijah RA dikebumikan. Ahli kubur Ma’la adalah yang ketiga bakal dibangkitkan selepas bangkitnya ahli perkuburan Baqie pada hari akhirat. Lihat artikel Ustaz Abdul Halim di (http://inijalanku.wordpress.com/2009/09/03/mengingati-nuzul-quran-17-ramadan/)

Selepas menziarahi maqam ummul mukminin pertama, kami juga turut menziarahi isteri terakhir Rasulullah SAW yang turut dikebumikan di Mekah iaitu Maimunah RA. Lihat artikel Ustaz Abdul Halim di (http://inijalanku.wordpress.com/2009/09/04/iktibar-kkemenangan-badar-kubra-17-ramadan/) mengenai Ummul Mukminin terakhir ini.

Gambar di miqat Masjid Taniem dan di tapak rumah kelahiran Rasulullah SAW yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram yang kami lawati sekembali pendakian di Jabal Nur

Di hari terakhir bersama Ustaz Abdul Halim ini, kami juga turut melakukan ihram sekali lagi dengan bermiqat di Masjid Tan’iem iaitu tempat miqat umrah yang Rasulullah SAW minta isteri baginda Siti Aisyah Abu Bakar RA lakukan. Pada malamnya, kami menjelajah Gua Hira dan sebelum pulang, kami singgah ke tapak rumah kelahiran Rasulullah SAW yang kini menempatkan bangunan sebuah perpustakaan. Lihat artikel Ustaz Abdul Halim di (http://inijalanku.wordpress.com/2009/09/03/mengingati-nuzul-quran-17-ramadan/

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails