HARI KELIMA - MEKAH

Keesokannya, kami bertolak untuk melakukan umrah sekali lagi dengan berniat ihram di miqat di Masjid Hudaibiyah yang terletak lebih 20km dari kota Mekah. Semasa di sini, Ustaz Abdul Halim mengimbau kembali peristiwa dan kepentingan Perjanjian Hudiabiyah (6H) secara panjang lebar sehingga membawa kepada kejayaan umat Islam membuka Mekah, 2 tahun selepas perjanjian di atas termeterai (8H). Di dalam perjalanan balik ke Mekah, rombongan kami singgah sebentar di Ladang Ternakan Unta untuk membeli sedikit susu unta dan kemudiannya singgah di Muzium Mekah yang menempatkan sejarah dan koleksi pelbagai arkib senibina dari kedua-dua kota suci Mekah Al Mukarramah dan Madinah Al Munauwarah.

Gambar di tempat miqat di Ladang Unta

Selepas lawatan tersebut, kami bertolak ke Masjidil Haram untuk melakukan ibadat umrah dan menamatkan hari tersebut dengan berbuka puasa serta solat Tarawih di masjid tersebut.

Gambar di tempat miqat di Masjid Hudaibiyah, Ladang Unta dan Muzium Mekah
Selepas lawatan tersebut, kami bertolak ke Masjidil Haram untuk melakukan ibadat umrah dan menamatkan hari tersebut dengan berbuka puasa serta solat Tarawih di masjid tersebut.


HARI KEENAM – MEKAH

Hari seterusnya dimulakan dengan melakukan ziarah ke beberapa tempat bersejarah dan penting di Mekah, terutamanya ke tempat-tempat ibadah haji seperti di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
Gambar berlatabelakangkan Jabal Tsaur, Jabal Rahmah di Arafah

Selepas menziarahi kaki bukit Jabal Tsaur, yang mana pada puncaknya, terdapat Gua Tsaur tempat Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA bersembunyi semasa peristiwa hijrah ke Madinah, kami menziarahi tempat wukuf di Arafah, kawasan bermalam di Muzdalifah dan Mina semasa musim haji serta tempat melontar Jamrah di Mina (kini sedang dimajukan semula sehingga menjadi bangunan lima tingkat seperti di dalam gambar di bawah)



Setelah selesai ziarah ke tempat manasik haji, kami semua berangkat ke satu lagi tempat miqat di Masjid Jakranah. Semasa perang Hunain, di sinilah tempat di mana berkumpulnya ghanimah atau harta rampasa perang yang kemudiannya banyak dibahagikan kepada penduduk dari Mekah. Peristiwa ini berlaku selepas ‘Fathul Mekah’, maka ramai orang Mekah yang baru memeluk Islam turut sama berperang dan kemudian mendapat hasil dari harta rampasan dari peperangan tersebut. Apabila di ketika itu, penduduk Madinah tidak mendapat apa-apa habuan, ada di kalangan mereka yang merungut sehingga Rasulullah SAW bertanya dan mereka membenarkannya. Rasulullah SAW kemudiannya memberitahu mereka bahawa penduduk Mekah tempat asal baginda mungkin membawa pulang harta rampasan, tetapi penduduk Madinah yang bersama baginda membawa pulang diri Rasulullah SAW itu sendiri serta dijanjikan syurga Allah SWT. Inilah juga janji baginda ketika perisitiwa Baiatul Aqabah di antara Rasulullah SAW dan penduduk Madinah sehingga baginda wafat di sana dan di kebumikan di Madinah Al Munauwarah.
Selepas di Masjid Jakranah, kami bertolak pulang ke kota Mekah dan semasa di dalam perjalanan balik, kami singgah sebentar untuk bergambar di kaki bukit Jabal Nur, tempat dimana terletaknya Gua Hira’ iaitu lokasi Nuzul Quran pada 17 Ramadhan. Keesokan harinya, selepas solat maghrib pada 16 Ramadhan, dengan diketuai oleh Ustaz Abdul Halim, beberapa ahli jemaah Umrah telah mengambil kesempatan mendaki Jabal Nur yang berketinggian hampir 300 meter serta menziarahi Gua Hira’, bersempena mengingati turunnya Al Quran atau Nuzul Quran buat pertama kalinya melalui 5 ayat pertama surah Iqra’. Lihat artikel Ustaz Abdul Halim di (http://inijalanku.wordpress.com/2009/09/03/mengingati-nuzul-quran-17-ramadan/)



Gambar berlatarbelakangkan Jabal Nur serta pemandangan ketika berada di dalam Gua Hira’ dan pemandangan Masjidil Haram dari puncak Jabal Nur di waktu malam

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails