HARI KETIGA & KEEMPAT – MADINAH & MEKAH

Perjalanan ke Mekah dar
i Madinah yang mengambil masa lebih kurang 6 jam menggunakan bas mengadakan perhentian di tempat miqat iaitu Masjid Zulhulaifah atau lebih dikenali sebagai Masjid Bir Ali yang terletak kurang dari 15km dari Kota Madinah bagi berihram dan melakukan niat umrah.

Selepas berihram, kami bertolak ke Mekah pada pukul 10.30 pagi dan sampai ke kota Mekah selepas waktu Asar, iaitu pada pukul 4.30 petang. Kami kemudiannya terus check-in di hotel kami yang terletak lebih kurang 200 meter dari Masjidil Haram sebelum kemudiannya di bawa oleh Ustaz Abdul Halim menuju ke Masjidil Haram.

Bersama isteri dan rombongan berihram di Masjid Bir Ali sebelum bertolak ke Mekah

Memandangkan waktu di ketika kami berjalan menuju ke Masjidil Haram hampir kepada waktu berbuka puasa / maghrib, kami bersetuju untuk berbuka puasa dan seleasikan solat maghrib (6.40pm), Isyak (8.15pm) dan kemudiannya solat tarawih (tamat dalam 11.00pm) terlebih dahulu sebelum kami mula melaksanakan ibadahkan umrah seperti tawaf dan sa’ie. Ini kerana jumlah manusia yang begitu ramai di Masjidil Haram serta waktu-waktu solat yang berdekatan akan menyukarkan sedikit untuk kami terus melaksanakan ibadah umrah yang dirancang untuk pertama kalinya.

Alhamdulillah, kami akhirnya berjaya menamatkan ihram serta menyiapkan ibadah umrah kami iaitu tawaf, sai’e dan bertahallul pada awal pagi iaitu lebih kurang 2.30am sebelum kiami kembali ke hotel untuk bersahur dan bersiap untuk solat subuh yang bermula pada 4.30am.



Ratusan ribu / jutaan manusia yang beribadah di Masjidil Haram di bulan Ramadhan. Gambar kesesakan trafik ini diambil dari bilik hotel pada 3 pagi dan berlaku setiap hari selama 24 jam

Memandangkan jadual sebelumnya agak padat, kami membuat keputusan untuk berehat pada hari tersebut sebelum meneruskan ibadah-ibadah yang seterusnya seperti tawaf sunat dan solat berjemaah di Masjidil Haram.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails