Diari Perjalananku Mengerjakan Umrah - Hari 2

HARI KEDUA - MADINAH

Keesokannya, selepas bersahur di hotel dan kemudiaannya Solat Subuh di Masjid Nabawi, kami bersiap-sedia untuk menziarah kota Madinah. Lawatan kami bermula, dengan menziarahi Masjid Jumaat. Masjid ini adalah masjid yang kedua di bina di Kota Madinah selepas Masjid Quba. Namanya diberi Masjid Jumaat kerana Rasulullah SAW biasanya akan berada di Masjid ini pada hari Jumaat dan baginda akan melakukan solat Jumaatnya di sini.

Bersama isteri dan rombongan Jemaah umrah Ustaz Abdul Halim di Masjid Jumaat

Selepas melawat Masjid Jumaat, kami menziaarah Masjid Quba iaitu Masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah. Masjid ini adalah masjid yang keempat utama selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al Aqsa. Sebuah hadith ada menyebut bahawa sesiapa yang mengambil wuduk di rumahnya dan kemudian bersolat dua rakaat di masjid ini, beliau akan mendapat pahala mengerjakan satu umrah.


Gambar di luar dan dalam Masjid Quba’, masjid tertua di kota Madinah Al Munauwarah

Selepas di Masjid Quba’, kami bertolak melawat sebuah tapak masjid lama Bani Hunaif. Masjid ini tidak digunakan lagi nam
un kepentingan ziarah di masjid ini adalah bagi memperlihatkan bagaimanakah rupa asal sebenar sebuah masjid yang pernah dibina di zaman Rasulullah SAW, jika kita bandingkan dengan rekabentuk masjid yang sedia ada kini. Ini juga bagi membolehkan setiap ahli rombongan Jemaah memahami dan merasai bagaimana keadaan serta persekitaran dan rupabentuk asal kebanyakan masjid di ketika zaman Nabi.

Selepas di Masjid Quba’, kami bertolak melawat sebuah tapak masjid lama Bani Hunaif. Masjid ini tidak digunakan lagi namun kepentingan ziarah di masjid ini adalah bagi memperlihatkan bagaimanakah rupa asal sebenar sebuah masjid yang pernah dibina di zaman Rasulullah SAW, jika kita bandingkan dengan rekabentuk masjid yang sedia ada kini. Ini juga bagi membolehkan setiap ahli rombongan Jemaah memahami dan merasai bagaimana keadaan serta persekitaran dan rupabentuk asal kebanyakan masjid di ketika zaman Nabi.

Kemudiannya kami bertolak ke Jabal Uhud di mana di situ, Ustaz Abdul Halim membawa rombongan beliau untuk mengimbau sejarah dan pengalaman silam mengenai peperangan Uhud. Lihat artikel Ustaz Abdul Halim di (http://inijalanku.wordpress.com/2009/09/04/iktibar-kkemenangan-badar-kubra-17-ramadan/)

Selepas mendapat penerangan yang m
endalam dan panjang lebar mengenai peristiwa Uhud, rombongan kami dibawa pula melawat ke ladang kurma oleh Ustaz Abdul Halim.

Gambar bersama isteri dengan berlatar belakangkan Bukit Memanah Uhud


Selepas Ladang Kurma, kami kemudiannya dibawa oleh Ustaz Abdul Halim menziarah ke Kilang percetakan Al Quran yang menghasilkan sebanyak 10 juta naskah Al Quran setahun. Pihak kilang tersebut juga turut menghadiahkan sebuah naskah Al Quran kepada kami selepas kami tamat menziarahi tempat mereka.

900 pekerjanya ditugaskan khas hanya untuk membelek setiap muka surat Al Quran, bagi memastikan tidak akan terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan di dalam cetakan mereka.


Selepas itu, kami dibawa menziarahi Masjid Qiblatain. Masjid Qiblatain adalah masjid di ketika Qiblat umat Islam bertukar dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram dan di ketika itu Rasulullah SAW sedang mengerjakan solat Zuhur/Asr. Dua rakaat pertama, umat Islam masih berkiblatkan Masjidil Aqsa namun baki dua rakaat seterusnya, umat Islam, diketuai oleh Rasulullah SAW telah berpindah kiblat ke Kaabah, selepas Allah SWT menurunkan perintah kepada baginda untuk berbuat demikian. Masjid Tujuh di Khandaq pula ada bersempena masjid kecil yang dibina di pos-pos kawalan umat Islam semasa peperangan Khandaq. Lihat artikel Ustaz Abdul Halim di (http://inijalanku.wordpress.com/2009/09/04/iktibar-kkemenangan-badar-kubra-17-ramadan/)

Kemudiannya kami balik ke Masjid Nabawi untuk bersolat Zuhr dan Asr sebelum menziarah pula kawasan perkuburan Baqie’ yang terletak bersebelahan Masjid Nabawi. Kubur Baqie menempatkan 10,000 sahabat termasuk Saidina Othman Affan RA serta isteri-isteri and anak Rasulullah SAW seperti Siti Aisyah Bakar RA dan Fatimah Az Zahra RA dan merupakan golongan kedua manusia yang bakal dibangkitkan di hari akhirat kelak selepas Rasulullah SAW.
Selepas menziarahi perkuburan Baqie, kami menuju ke Masjid Nabawi untuk persediaan berbuka puasa dan kemudiannya solat maghrib, Isyak dan tarawih pada malam tersebut. Pada malam tersebut juga kami bersiap sedia untuk check-out dari hotel selepas solat Subuh untuk menuju ke Mekah.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails