Shah Alam, 10 Okt. - Walaupun Syawal semakin hampir ke penghujungnya, namun kemeriahannya masih tetap dirasai. Di sana-sini rumah terbuka masih terus memeriahkan sambutan Aidilfitri. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Shah Alam & Klang juga tidak ketinggalan menganjurkan program seumpama tetapi lebih kepada ziarah-menziarahi ke rumah sahabat handai terdekat dari rumah ke rumah. Program ziarah ini yang dihadiri oleh hampir 30 orang ahli dan sahabat terdekat memupuk semangat ukhuwwah, hormat-menghormati juga mahabbah selain mengetahui di mana sahabat yang dikunjungi itu menetap.


Antara rumah yang terlibat adalah Setiausaha Cawangan, Encik Sharizan Sumuui , Timbalan Yang Dipertua, Encik Zainuddin Ghafar, dan juga beberapa rumah ahli di sekitar bandar Shah Alam dan Klang. Program ini adalah pertama kali seumpamanya dijalankan di kawasan berbeda daripada tahun-tahun sebelumnya menanam sikap ziarah menziarahi tidak kira di waktu senang mahupun susah apetah lagi setiap mukmin itu adalah bersaudara. Kekukuhan tali persaudaraan itu perlu dijaga dan salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan amalan ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.

Islam adalah agama yang serba lengkap dan sempurna yang menganjurkan umatnya supaya bersifat hormat-menghormati, berperibahasa dan memberikan layanan kepada tetamu dengan baik, kerana meraikan tetamu itu boleh membawa rahmat dan Allah akan memberikan ganjaran yang besar dan banyak untuk mereka.

Semoga progam seperti ini dapat memanfaatkan keberkatan Syawal dan merainya di samping mengharapkan redho Allah Taala.


Sidang Redaksi,


Azril Hanafi b Abdullah Sharwani
Unit Media & Penerbitan
Ikatan Muslimin Malaysia
Cawangan Shah Alam









0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails