Perlunya Mempopularkan Dakwah

Pengaruh seseorang duah (pendakwah) atau organisasi dakwah memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada masyarakat untuk diikut sebagai qudwah (contoh ikutan). Setelah pentarbiyahan dilakukan secukup-cukupnya dalam bab-bab ikhlas, kerja-kerja mempromosikan dakwah serta pimpinannya adalah perlu di marhalah infitah ini.

Namun sekiranya para da’ie tidak keluar dan mendengar pujian orang, mereka tidak akan tahu menilai diri masing-masing sama ada diri sendiri ikhlas atau tidak. Apabila kita dipuji, ketika itulah kita dapat menyedari dan mengukur tahap keikhlasan kita.

Zionis dengan sengaja mempromosikan idola-idola mereka khususnya idola-idola yang merosakkan iman manusia, supaya menjadi ikutan masyarakat manusia.

Malangnya ramai para pendakwah masih malu-malu untuk mempromosikan dirinya sebagai pendakwah dan harakah pilihannya dan memilih untuk menjadi penyokong disaf belakang.

Mempopularkan dakwah, harakah, hatta pimpinan dakwah adalah sebahagian daripada strategi dakwah. Kita ada idea bagaimana hendak menyelamatkan ummah, kita ada rijal yang boleh memberi tenaga maksimum tetapi orang tidak tahu sebab kita tidak popular. Bila tidak popular, kuranglah pengaruhnya, maka tidak sampailah mesej yang hendak disampaikan.

Selamat menzahirkan diri sebagai pejuang bagi mereka yang telah menghabiskan 2/3 umurnya (atau lebih, atau kurang) dalam dakwah. Sekurang-kurangnya anda menjadi qudwah yang baik dan diikuti generasi seturusnya. Jika anda bersembunyi siapakah yang dapat mencontohi anda? Malanglah jika pada hari akhirat ketika dibangkitkan, tidak ada sesiapa yang berdoa kepada Allah agar mengampunkan kita kerana mereka telah mendapat hidayah kerana mencontohi kita semasa di dunia, kerana semasa di dunia anda tidak menjadi imam kepada sesiapapun disebabkan sikap beruzlah yang anda pilih.

Ayuh ahli ISMA, iklankan diri anda sebagai organisasi dakwah. Lekatkanlah pelekat-pelekat ISMA pada kereta-kereta anda, pakailah baju-baju berlogo ISMA, sebarkan mesej-mesej yang baik dengan sabar…!!! dan berdakwahlah dengan menjadi qudwah hasanah.. Menzahirkan diri sebagai aktivis Islam adalah JIHAD.

Wallahu a’lam.


Oleh: Ustaz Annuar Salleh,
YDP ISMA DHL
Sumber:
Blog ISMA DHL

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails