Ikan Dikelong, Ukhuwwah Dikendong

Pulau Jemur - Ahli-ahli ISMA SAK daripada pelbagai peringkat umur antara 23 tahun hingga 57 tahun telah bersama-sama menongkah arus lautan dalam satu rehlah memancing yang diadakan di sini baru-baru ini. Dengan bertemakan "Ikan Dikelong, Ukhuwwah Dikendong",
20 orang ahli telah berganding bahu bagi menjayakan aktiviti ini.

Setelah berkumpul di Medan Ikan Bakar Jeram, para peserta menaiki bot menuju ke jeti Pulau Jemur. Meskipun sudah agak lewat petang, persiapan lantas dilakukan bukan sahaja untuk memancing, tetapi arang dan tungku juga disiapkan bagi membakar hasil-hasil tangkapan yang bakal diraih pada malamnya.

Selesai bersolat bersama dengan diiring deruan air yang pasang, jamuan pun bermula untuk menikmati hasil tangkapan peraih-peraih yang berjaya. Meskipun yang berjaya ditangkap hanya ikan, namun udang, sotong dan ayam turut menjadi bahan santapan, hasil usaha gigih sebahagian peserta yang telah bersedia dengan bekalan "back-up".







Kemuncak aktiviti ini ialah sesi perkongsian oleh semua peserta yang hadir. Peluang keemasan ini telah digunakan sebaiknya untuk saling berkenalan latar belakang, berkongsi pengalaman bertahun-tahun, oleh yang muda mahupun yang "senior".

Inilah yang sebenarnya menjadi buah tangan hakiki para peserta, yang lebih bernilai dari hasil tangkapan pada siangnya.

Pada keesokan paginya, sekitar jam 9 pagi, para peserta mula bersiap untuk pulang. Rehlah ini tidaklah panjang namun mutiara berharga telah berjaya dikutip, di mana kesemua peserta telah merasa nikmat ukhuwwah merentas batas usia.

Norzafry Norhalim -ISMA Shah Alam Klang

Gambar boleh diperolehi di sini

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails