[isma] Sambutan Awal Muharram di Kg. Pendamar

Klang, 9 Januari – Kedatangan 1 Muharram kali ini disambut dengan satu majlis Sambutan Awal Muharran yang diadakan di Masjid Kg. Pendamar, Klang. Majlis tersebut dianjurkan bersama oleh Biro Dakwah ISMA Shah Alam Klang (SAK) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kg. Pendamar.

Peserta dengan tekunnya mendengar pengisian


Program dimulakan dengan menunaikan solat maghrib dan diteruskan dengan solat hajat dan bacaan surah Yassin. Selepas itu Ust. Muhammad Fauzi Asmuni menyampaikan ceramah yang bertajuk “Muharram dan Kaitannnya dengan Kita”. Antara yang dibincarakan ialah sejarah tahun Hijrah, kelebihan bulan Muharram, amalan sunat di bulan Muharram dan sirah yang berlaku di bulan Muharram.

Juadah enak turut disediakan

Majlis berakhir pada jam 9.30 malam setelah solat Isya' dan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak masjid dan ISMA SAK. Kira-kira seramai 200 orang hadirin telah menghadiri program ini yang terdiri dari ahli ISMA SAK dan penduduk Kg. Pendamar.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails